Site icon TechNave BM

App Store perkenal Program Mini Apps dengan insentif komisen 15%

Apple secara rasmi memperkenalkan program baharu bernama Mini Apps Partner Program yang diperluaskan kepada pembangun aplikasi yang menjadi hos mini apps di dalam aplikasi utama. Program ini memfokuskan kepada aplikasi hos yang menempatkan pengalaman aplikasi berskala kecil (mini apps) yang dibina menggunakan teknologi web seperti HTML5 atau JavaScript.

Kemudian, ia dijalankan dalam aplikasi utama natif di iOS atau iPadOS. Antara ciri utama program ini ialah kadar komisen yang dikurangkan kepada 15% daripada hasil pembelian dalam aplikasi (in-app purchases) bagi mini apps yang layak berbanding kadar sehingga 30% yang biasanya dikenakan.

Untuk layak menyertai, aplikasi hos perlu memenuhi syarat tertentu termasuk menyokong teknologi seperti API “Declared Age Range” dan API “Advanced Commerce”, menggunakan sistem Pembelian Dalam Aplikasi Apple serta menyediakan maklumat yang diperlukan seperti manifest mini apps dan metadata yang diperakui.

Program ini dibuka melalui borang permohonan di laman pembangun Apple dan akan membantu pembangun hos mini apps mengembangkan perniagaan mereka sambil memastikan pengalaman pengguna yang selamat serta mesra pengguna.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple

Exit mobile version