Site icon TechNave BM

AppGallery jadi platform muat turun aplikasi untuk pengguna Huawei

Dalam sidang media di Barcelona, Sepanyol hari ini, Huawei melancarkan AppGallery iaitu sebuah platform untuk pengguna peranti Huawei memuat turun pelbagai jenis aplikasi.

Huawei menegaskan bahawa AppGallery akan mengutamakan privasi pengguna di mana semua pembina yang ingin memasukkan aplikasi mereka ke dalam AppGallery perlu melalui saringan ketat untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Maklumat sensitif pengguna seperti data biometrik tidak akan diproses luar daripada peranti Huawei yang dipakai.

Pada masa ini AppGallery boleh didapati di 170 negara dan telah digunakan oleh 400 juta pengguna bulanan. Huawei juga telah bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal seperti News UK untuk membawa kandungan eksklusif buat pengguna AppGallery.

Dalam sidang media itu juga, Huawei melancarkan peranti-peranti baru seperti router 5G CPE Pro 2 yang menyokong rangkaian 5G serta piawaian Wi-Fi 6.

Adakah anda sudah menggunakan AppGallery? Kongsi pengalaman anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version