Site icon TechNave BM

AppGallery sambut ulang tahun Ragnarok X: Next Generation dengan lebih 300 ROX Adventurers

AppGallery menyambut ulang tahun pertama Ragnarok X: Next Generation (ROX) secara besar-besaran selama dua bulan yang dipenuhi dengan promosi dan acara War of the Chosen S2 Govern Thunder Watch Party dengan lebih 300 ROX Adventurers pada hari ini di Boathouse, Kuala Lumpur. 

Ragnarok X: Next Generation (ROX) adalah game dalam talian dengan berbilang gamers (massively multiplayer online role-playing games/ MMORPG) di mana gamers boleh mencipta avatar mereka sendiri dan berinteraksi antara satu sama lain untuk membentuk pasukan dalam menyelesaikan pencarian. 

Kejohanan musim kedua “War of the Chosen” (WOC, 神选之战) akan bermula dari 26 Jun 2022. Gamers PC dan pemain mudah alih boleh bergabung untuk bertarung dengan pemain lain dalam kejohanan terbuka. Tidak dilupakan, HUAWEI merupakan penaja utama kejohanan WOC musim kedua menawarkan 64 hadiah peranti pintar HUAWEI bernilai lebih AS$60,000 (~RM 267,120) untuk lapan pasukan teratas di APAC.

Kerjasama ROX dengan AppGallery telah membawa interaksi gamers di luar talian, menyediakan platform untuk gamers berhubung dengan pasukan mereka dan mewujudkan komuniti di ruang maya. Ini mencerminkan komitmen HUAWEI untuk membangunkan pengalaman serta merapatkan sambungan dalam dan luar talian bagi gamers dan peminat game.

Acara itu berakhir dengan sesi cabutan bertuah di mana barangan eksklusif dan peranti HUAWEI diberikan kepada pemenang bertuah. AppGallery akan terus meningkatkan pengalaman gaming dengan menambahkan lebih banyak game yang popular ke dalam platformnya. 

Selain menikmati lebih banyak promosi dalam aplikasi dan diskaun eksklusif, pemain juga boleh menantikan lebih banyak acara pertemuan peminat fizikal untuk membawa pengalaman permainan mereka daripada sosial maya kepada kehidupan sebenar.

Anda boleh memuat turun game Ragnarok X: Next Generation (ROX) di AppGallery atau HUAWEI Game Center. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version