Site icon TechNave BM

Apple AirPods 3 dan MacBook bakal dilancarkan tidak lama lagi

Pada hari rasmi pelancaran produk Apple, syarikat terkemuka pengeluar peranti pintar itu telah melancarkan beberapa produknya iaitu siri iPhone 13, siri 7 Apple Watch dan iPad. Apple dijangka bakal melancarkan beberapa produk lagi pada minggu atau bulan hadapan.

Laporan terbaru daripada Bloomberg mengatakan bahawa Apple dalam fasa untuk melancarkan MacBook dan AirPods 3 selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini. Walau bagaimanapun, kepada mereka yang menunggu iPad Pro dan AirPods Pro perlu menunggu tahun hadapan bagi pelancarannya.

Salah satu laporan mengatakan bahawa Apple sedang menghasilkan AirPods 3 dalam kuantiti yang besar memberi petanda bahawa pelancarannya tidak lama lagi. Imej AirPods 3 telah tertiris di internet yang mendedahkan reka bentuknya.

Ianya hadir dengan reka bentuk batang (stem) yang pendek dan beberapa sensor termasuk mikrofon pada bahagian hadapan serta berwarna putih. Dijangkakan bahawa AirPods 3 bakal dikuasakan cipset yang terbaru dan sokongan Lossless Audio.

Apple dikatakan bakal mengadakan acara pelancaran pada bulan hadapan untuk melancarkan peranti Mac yang dikuasakan oleh cipset M1X. MacBook Pro terbaru mungkin hadir dengan skrin mini-LED 14 inci dan 16 inci.

Beberapa produk seperti AirPods 2 dan iPad Pro dijangka dilancarkan pada awal tahun hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version