Site icon TechNave BM

Apple akan cipta sebuah iPhone yang boleh dilipat?

Menurut laporan media terkini, Apple telah mendaftarkan satu paten teknologi dengan Pejabat Paten & Tanda Dagangan Amerika Syarikat untuk sebuah peranti boleh lipat. Paten tersebut dihuraikan sebagai sebuah gabungan dua atau lebih peranti elektronik yang dihubungkan dengan sensor magnetik.

Paten tersebut nampak seperti dua peranti yang dihubungkan dengan engsel ringkas dan mudah mirip Microsoft Surface Duo. Ini jelas membuktikan bahawa Apple sedang meneroka kemungkinan untuk mencipta sebuah peranti boleh lipat pada masa akan datang.

Malah, ini bukan sahaja satu-satunya paten peranti boleh lipat yang didaftarkan oleh Apple. Sebelum ini syarikat itu mendaftarkan paten untuk peranti lipat yang lebih mirip kepada iPad. Walau bagaimanapun, pendaftaran paten sahaja tidak bermakna ini adalah bukti kukuh bahawa Apple akan mengeluarkan peranti lipat pada masa akan datang.

Paten peranti lipat yang didaftarkan oleh Apple sebelum ini.

Adakah anda merasakan Apple akan mengeluarkan iPhone yang boleh dilipat pada masa akan datang? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version