Site icon TechNave BM

Apple akan hentikan perkhidmatan ‘My Photo Stream’ pada 26 Julai 2023

Apple merancang untuk hentikan muat naik foto secara automatik atau digelar perkhidmatan Strim Foto Saya (My Photo Stream) pada 26 Julai 2023. Ciri My Photo Stream adalah foto dan video 30 hari terakhir sehingga had 1,000 daripada peranti Apple anda ke iCloud. 

Imej dan video anda akan kekal di iCloud selama 30 hari sehingga penutupan rasmi pada 26 Julai . Oleh itu, Apple mengesyorkan anda menyimpannya ke Perpustakaan Foto peranti itu sebelum tarikh penutupan. 

Pada iPhone dan iPad, anda boleh menyimpan imej daripada My Photo Stream dengan membuka aplikasi Foto, pergi ke album My Photo Stream, pilih foto yang ingin anda simpan dan kemudian klik butang ‘Kongsi’ untuk menyimpannya ke Perpustakaan anda. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version