Site icon TechNave BM

Apple akan jimat RM10.24 bilion apabila beralih ke cipset M1 untuk komputer mereka

Baru-baru ini, Apple mula menghasilkan cipset komputer keluaran mereka sendiri iaitu M1 untuk MacBook Air dan juga MacBook Pro. Dengan cipset M1 ini, Apple tidak lagi bergantung pada cipset keluaran Intel yang sudah lama digunakan di dalam komputer mereka sebelum ini.

Eksekutif senior dari IBM menyatakan perubahan penggunaan cipset dari Intel ke cipset keluaran mereka sendiri bakal menjimatkan Apple sebanyak $2.5 bilion (~RM10.24 bilion). Hal ini disebabkan oleh harga penghasilan cipset M1 adalah sekitar $40-$50 (~RM164-RM205) sahaja, jauh berbeza dengan cipset Intel Core i5 yang berharga $200 (~RM819).

Pengiraan penjimatan kos Apple

Namun, selain dari harga penghasilan cipset ini, kos GPU dan RAM juga perlu diambil kira juga. Tambahan lagi, kos penyelidikan dan pembangunan komponen komputer Apple perlu juga di masukkan ke dalam pengiraan ini.

Pada jangka masa yang panjang, penggunaan cipset Apple di dalam komputernya bakal menjimatkan mereka lebih dari $2.5 bilion. Perubahan ini sangat menguntungkan Apple kerana cipset M1 ini dapat memberikan prestasi yang hebat, memanjangkan jangka hayat bateri dan juga menjimatkan mereka berbilion dolar.

Adakah anda gembira dengan perubahan dari Apple ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 9to5Mac

Exit mobile version