Site icon TechNave BM

Apple akan lancarkan kemas kini baharu, untuk tangani isu bateri pada Apple Watch

Apple telah mengakui masalah penggunaan bateri yang meluas yang menjejaskan pengguna Apple Watch termasuk model terkini seperti Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 serta model-model lama seperti Apple Watch Series 4. Pengguna melaporkan penggunaan bateri yang tidak normal selepas mengemaskini ke watchOS 10.1.

Apple telah memberitahu pembekal perkhidmatan yang diluluskan dan berjanji untuk mengeluarkan kemas kini perisian yang akan datang untuk menangani masalah tersebut, walaupun tarikh pelancaran kemas kini ini masih belum ditentukan.

Walaupun pihak Apple tidak memberikan butiran khusus tentang tahap masalah tersebut, laporan di media sosial seperti Twitter dan Reddit memberikan gambaran tentang isu ini. Sesetengah pengguna telah menyatakan bahawa Apple Watch Series 9 mereka telah berkurang dari 100% kepada habis bateri dalam hanya tiga jam dan yang lain melaporkan penurunan bateri sebanyak 25% dalam hanya 30 minit untuk Apple Watch Series 7 mereka.

Terdapat juga pengguna mengadu tentang kuasa baterinya tidak meningkat lebih 50% walaupun sedang dicas dan ia menurun dalam masa kira-kira 15 minit. Adakah anda turut menghadapi masalah yang sama?

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version