Apple akan memperkenalkan beberapa teknologi dan ciri baharu perantinya di WWDC 2022 pada 6 Jun nanti. Mereka telah pun melancarkan beberapa produk perkakasan tahun ini termasuk Mac Studio dan Studio Display baharu. Kini, terdapat khabar berita mengenai beberapa lagi produk untuk acara WWDC.
Menurut Mark Gurman di Bloomberg, Apple bersedia untuk memperkenalkan dua produk Mac baharu seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini. Salah satu peranti Mac yang bakal dilancarkan dijangka Apple MacBook Air dengan reka bentuk yang dikemas kini dan spesifikasi berkuasa. Ia mungkin dikuasakan oleh cipset M2 baharu kerana mereka pernah mengatakan semasa pelancaran M1 Ultra bahawa siri M1 telahpun lengkap.
Peranti lain yang dijangka adalah iMac 27 inci mungkin hadir dengan reka bentuk yang sama seperti iMac 24 inci bersama cipset M1, bezel putih dan pelbagai pilihan warna untuk dipilih.
Selain daripada dua produk ini, syarikat itu juga dijangka melancarkan beberapa lagi produk menjelang akhir tahun termasuk Mac Mini baharu dan MacBook Pro baharu yang akan menggantikan MacBook Pro 13 inci semasa.
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Gizmochina

