Site icon TechNave BM

Apple akan menutup pejabat dan kedai di China sehingga 9 Februari

Jika sebelum ini Apple hanya menutup sebuah kedai di China, kini syarikat itu sudah menutup seluruh kedai dan pejabatnya yang berada dalam negara itu sehingga 9 Februari.

Menurut sebuah kenyataan rasmi, Apple bertindak sedemikian untuk mengambil langkah pencegahan selepas mendapat nasihat daripada pakar-pakar perubatan.

Buat pelanggan China yang ingin membeli produk Apple, mereka masih boleh berbuat demikian di laman web Apple China yang masih meneruskan operasi.

Langkah ini diambil selepas jumlah kematian yang disebabkan Coronavirus sudah pun mencatatkan seramai 300 orang dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah pun mengisytiharkan wabak ini sebagai sebuah kecemasan global. Selain Apple, Starbucks juga telah menutup lebih 2,000 kedai di seluruh negara itu.

Berikan pendapat anda tentang situasi ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version