Site icon TechNave BM

Apple akan tutup Apple Store seluruh dunia kecuali China sehingga 27 Mac

CEO Apple, Tim Cook, hari ini mengeluarkan kenyataan tentang tindak balas Apple terhadap penularan wabak COVID-19. Antara tindakan besar yang bakal dilaksanakan serta-merta adalah penutupan Apple Store seluruh dunia sehingga 27 Mac ini, kecuali rantau China Besar (Greater China) yang termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Para pekerja Apple pula akan bekerja dari rumah dan dibayar gaji seperti biasa. Inisiatif ini diambil untuk meningkatkan jarak di antara manusia dan mengurangkan interaksi sosial agar risiko jangkitan koronavirus boleh dikurangkan. Menurut Tim, langkah drastik ini adalah langkah yang paling efektif untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Pelanggan yang masih berminat untuk mendapatkan produk Apple boleh berbuat demikian di laman webnya. Untuk perkhidmatan dan bantuan produk Apple, pelanggan boleh layari support.apple.com untuk nasihat terbaik.

Walaupun ini tentunya akan menjejaskan prestasi kewangan syarikat tersebut, kesihatan perlu diutamakan pada waktu yang mencabar ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Newsroom

Exit mobile version