Site icon TechNave BM

Apple akan umumkan produk baru pada 21 April ini!

Apple telah mengumumkan acara pertama untuk 2021 bernama Spring Loaded yang akan dianjurkan pada hari Selasa, 20 April 10 a.m PDT (Rabu 21 April, 1 pagi waktu Malaysia) di Apple Park, Amerika Syarikat. Apple dijangka akan melancarkan iPad Pro, iPad mini dan fon telinga wayarles AirPods.

iPad Pro yang baru dikhabarkan akan dilengkapi skrin 11 inci dan 12.9 inci yang menampilkan paparan Mini LED, pemproses baru yang berdasarkan Apple M1 dan kamera yang lebih baik. iPad mini yang baru pula mungkin akan dilengkapi skrin lebih besar, sehingga 8.5 atau 9 inci.

Fon telinga wayarles AirPods juga mungkin akan dilancarkan, di mana ia mempunyai rekaan mirip AirPods Pro seperti batang yang lebih pendek dan sarung (ear tips) yang boleh ditanggalkan. Produk lain yang turut dikhabarkan adalah Apple AirTags, komputer Mac baru dan Apple TV.

Setakat ini Apple langsung tidak menyatakan dengan jelas peranti apakah yang akan dilancarkan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version