Site icon TechNave BM

Apple alihkan butang ‘tamatkan panggilan’ pada beta iOS 17

Sekiranya anda tidak tahu, Apple telah mengeluarkan beta iOS 17 terkini membawa beberapa pembetulan dan penambahbaikan pada transkrip suara. Tetapi yang paling ketara, ia menukar butang tamat panggilan untuk iPhone.

Perubahan kepada butang “Tamatkan panggilan” kini berada pada susunan butang yang lain. Pada masa ini, butang merah besar diletakkan di bahagian bawah skrin tatapi kini ia butang dipindahkan ke bahagian bawah sebelah kanan skrin. Kami tidak pasti mengapa ini berlaku kerana kemas kini tidak menjejaskan kualiti panggilan atau sistem.

Walau bagaimanapun, perubahan ini mungkin hanya sementara. Pada tahun 2021, bar carian Safari telah dialihkan dari atas ke bawah skrin tatapi telah dipindah keluar pada iOS 15. Di samping itu, kemas kini iOS seterusnya boleh membawa beberapa perubahan pada UI iPhone 15 baharu. Contohnya, animasi baharu untuk Airdrop dan perkongsian poster kenalan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: CNBC

Exit mobile version