Site icon TechNave BM

Apple Arcade: Harga kadar langganan tahunan baru di Malaysia

Servis langganan game sememangnya servis yang agak terkenal dan kerap digunakan dalam kalangan gamer mudah alih. Apple yang tidak ingin ketinggalan dalam arena servis ini telah melancarkan Apple Arcade yang menawarkan kadar bulanan serendah RM19.90 pada September lalu.

Terkini, Apple telah menambah pilihan kadar langganan tahunan kepada pengguna. Kadar tahunan ini kelihatannya mengikat pelanggan dengan komitmen yang lebih lama. Menurut malaymail, kadar ini meletakkan Apple Arcade di posisi sama dengan aplikasi servis keluaran Apple yang lain seperti Apple Music dan Apple TV+.

Memetik dari lowyat.net, gamer kini boleh melanggan langganan tahunan Apple Arcade dengan harga RM199.90. Sedikit penjimatan di sini berbanding jika anda membayar yuran bulanan RM19.90 selama setahun yang berjumlah RM238.80.

Langganan Apple Arcade ini menawarkan pengalaman gaming tanpa iklan dan mikrotransaksi. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi laman Apple Malaysia sekarang.

Exit mobile version