Site icon TechNave BM

Apple baik pulih isu panggilan terputus pada iOS 15.1.1 dan selesaikan isu Face ID bagi penggantian skrin iPhone 13

Apabila bercakap berkaitan dengan perisian, sentiasa ada pepijat apabila versi baharu dilepaskan. Ia terjadi hampir pada mana-mana perisian termasuklah iOS yang mana ia kini sudah berada pada versi 15 untuk iPhone. Mujur Apple bertindak pantas dengan melepaskan kemas kini iOS 15.1.1.

Menurut MacRumors, versi baharu yang dilancarkan membaik pulih isu di mana audio menjadi bisu semasa melakukan panggilan sebelum ianya terputus. Masalah ini menjejaskan prestasi siri iPhone 12 dan iPhone 13 yang mungkin disebabkan oleh cipsetnya. Jika masalah ini berterusan, anda perlu menghidupkan dan mematikan mod Pesawat untuk membetulkannya kembali.

Selain itu, kemas kini iOS 15.1.1 baharu juga melihat penambahan ciri SharePlay. Apple juga telah memulakan ujian beta iOS 15.2 untuk membetulkan pepijat yang lain. Salah satu pepijatnya ialah masalah Face ID pada siri iPhone 13 yang tidak akan berfungsi jika anda menggantikan skrinnya.

Dengan kemas kini beta ini, anda tidak perlu lagi risau jika terpaksa untuk menggantikan skrin jika ianya rosak. iOS 15.2 juga akan menambah ciri baharu seperti panggilan automatik kecemasan, kenalan lama, sembunyikan e-mel saya dan aplikasi rakam aktiviti.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version