Site icon TechNave BM

Apple bakal bekerjsama dengan LG untuk kereta elektrik mereka!

Sebelum ini, Apple pernah dikaitkan dengan syarikat kereta Hyundai dan Kia untuk projek kereta elektrik mereka, namun ianya tidak menjadi kenyataan. Kini, Apple pula dilihat bakal bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat Korea Selatan, LG untuk menghasilkan kereta elektrik jenama Apple seawal tahun 2024.

Apple kini sedang dalam fasa akhir untuk menandatangi kontrak hubungan bersama LG dan Magna, sebuah syarikat pembekal bahan kereta. Mereka bercadang untuk menetapkan jumlah yang sedikit untuk pengeluaran awal kereta. Hal ini disebabkan kerana Apple dikhabarkan ingin menggunakan prototaip awal untuk menilai pasaran automotif terlebih dahulu.

Usaha sama LG dan Magna ini diberi nama LG e-Powertrain dan ianya dinilai setinggi $1 bilion. LG akan memiliki 51% daripada syarikat tersebut dan Magna selebihnya.

Sistem Apple CarPlay

LG telah keluar dari pasaran telefon pintar secara rasmi tidak lama yang lalu. Kini, mereka dilihat cuba untuk memasuki pasaran automotif dan sudah mula membekalkan motor, pek bateri dan komponen untuk General Motors dan Tesla.

Nantikan berita lanjut mengenai hubungan LG dan Apple di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Observer

Exit mobile version