Site icon TechNave BM

Apple bakal buat pengumuman besar esok, tetapi bukan produk atau iPhone baru

Melalui siaran CBS This Morning, Apple dilapor bakal membuat satu pengumuman besar esok. Pengumuman ini disifatkan sebagai pengumuman besar, tetapi bukan untuk produk seperti iPad, iPhone dan sebagainya.

Siaran temubual di antara CBS This Morning dan CEO Apple Tim Cook sebenarnya adalah mengenai isu keganasan di Capitol Hill. Namun, Tim Cook menyatakan bahawa terdapat initiatif besar baharu dari Apple.

Memandangkan ia bukan pengumuman produk, kebanyakan sumber masih tidak dapat meneka subjek pengumuman tersebut. Namun, ia mungkin berkisar kepada usaha Apple ke arah pendidikan, kesihatan, privasi atau persekitaran.

Pengumuman ini walau bagaimanapun masih tidak diketahui waktu rasminya. Terdahulu, Apple telah mengasingkan penyertaan pengecas bersama peranti iPhone baharu untuk langkah ke arah lebih mesra alam.

Apakah jangkaan anda terhadap pengumuman besar dari Apple ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Screen Rant

Exit mobile version