Site icon TechNave BM

Apple bakal hasilkan peranti boleh lipat, sedang uji skrin E Ink

Penganalisis Apple terkenal, Ming-Chi Kuo mendakwa Apple sedang dalam proses menguji paparan penutup E Ink untuk peranti boleh lipatnya. Laporan baharu itu datang berikutan khabar angin minggu lepas bahawa Apple sedang menguji panel lipat untuk iPhone dan iPad yang dijangka tiba sekitar 2025.

E Ink Corporation Taiwan ialah salah sebuah pembuat paparan elektronik terbesar dan merupakan pembekal utama untuk rangkaian Kindle Amazon. Syarikat itu juga membuat panel e-ink yang merupakan jenis yang didakwa diminati oleh Apple.

Kelebihan besar panel e-ink berbanding panel OLED dan LCD tradisional ialah penggunaan kuasanya yang rendah manakala kelemahan utama ialah kadar penyegaran yang perlahan. Dengan syarikat seperti E Ink mengusahakan jenis paparan e-ink baharu termasuk panel boleh lipat dan boleh gulung, pasti beberapa perkembangan menarik dapat dilihat.

Teknologi ini diharapkan cukup maju ke tahap di mana ia digunakan secara meluas oleh pengeluar telefon pintar dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Twitter

Exit mobile version