Site icon TechNave BM

Apple bakal lancarkan ‘iMac Pro’ dengan paparan mini-LED pada Mac 2022

Apple didedahkan bakal mengeluarkan paparan model iMac Pro baharu dengan menggunakan cip M1 Pro dan M1 Max yang akan dilancarkan pada 2022. Menurut DSC, Apple merancang untuk melancarkan iMac Pro pada musim bunga iaitu antara Mac dan Jun 2022. 

Ia akan mempunyai panel mini-LED 27 inci dan teknologi ProMotion yang menawarkan kadar penyegaran semula 120Hz. iMac baharu digelar “‌iMac‌ Pro,” yang akan membezakannya daripada ‌iMac‌ 24 inci dan meletakkannya setanding dengan mesin MacBook Pro.

Terdapat khabar angin tentang peralihan Apple kepada paparan OLED untuk Mac dan iPad tertentu dan bukannya LED mini. Manakala menurut Ross Young pula, kemunculan iPad atau MacBook dengan panel OLED mungkin tiba pada seawal tahun 2023.

Namun, pengeluaran iMac dengan panel OLED bergantung pada seberapa cepat harga iMac mini-LED menurun disebabkan oleh harganya yang lebih murah berbanging mini-LED. Sementara itu, komen Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version