Site icon TechNave BM

Apple bakal lancarkan iPad Pro 14.1 inci baharu dengan RAM 16GB pada akhir tahun ini

Pada tahun lepas, Apple telah melancarkan iPad Pro yang dikuasakan oleh cipset Apple Silicon M1. Kini, syarikat itu sedang bersiap sedia untuk melancarkan versi iPad Pro baharu dalam beberapa bulan akan datang yang mungkin membawa paparan 14.1 inci.

Sekiranya itu benar, tablet 14.1 inci akan menjadi tablet pertama dengan paparan paling besar setakat ini. Model iPad Pro semasa hanya tersedia dalam dua saiz iaitu 11 inci dan 12.4 inci.

Khabar angin pula mengatakan model iPad Pro yang akan dilancarkan tahun ini akan hadir dalam konfigurasi RAM 16GB dan storan dalaman 512GB. Tablet ini boleh membawa prestasi yang lebih baik terutamanya jika ia dikuasakan oleh cipset Apple Silicon M2 baharu. 

Model 11 inci dan 12.9 inci dijangka tidak mempunyai sebarang perubahan besar berbanding model sebelum ini. Terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa iPad Pro 2022 12.9 inci mungkin hadir dengan bezel yang lebih nipis.

Tarikh pelancaran bagi iPad Pro baharu ini masih tidak diketahui. Namun, berkemungkinan besar ia akan dilancarkan bersama-sama iPhone generasi akan datang, Apple Watch Series 8 dan Apple AirPods Pro 2.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version