Site icon TechNave BM

Apple bakal lancarkan iPhone 14 berwarna kuning tidak lama lagi

Minggu lalu, khabar angin mendakwa Apple sedang menyediakan pilihan warna baharu untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus yang akan datang kira-kira setahun selepas syarikat itu mengeluarkan pilihan warna hijau baharu untuk iPhone 13 dan iPhone 13 mini. Pelancaran itu berlaku pada 8 Mac tahun lalu.

Kali ini, warna kuning baharu mungkin tiba sehari lebih awal kerana beberapa sumber telah bercakap tentang taklimat produk yang berlangsung dengan pasukan komunikasi Apple mengenai pelancaran ini. Kini, Mark Gurman dari Bloomberg mengesahkan bahawa warna iPhone 14 baharu itu semakin dekat.

Gurman telah melaporkan perkara berkaitan Apple selama bertahun-tahun dan secara amnya dianggap sebagai antara sumber yang paling boleh dipercayai. Walaupun ini jelas bukan pengesahan rasmi daripada Apple, tetapi kita boleh berpegang pada kata-katanya sebagai panduan.

Menurut sumber lain, siaran akhbar yang mengumumkan variasi kuning iPhone 14 dan iPhone 14 Plus akan turut menyertai taklimat pada esok atau lusa. Sama-sama kita nantikan kemunculan siri iPhone 14 dalam pilihan warna kuning.

Kongsi pendapat anda tentang khabar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version