Site icon TechNave BM

Apple bakal lancarkan kemas kini berikutan isu gegaran kamera pada iPhone 14 Pro

Apple akan melancarkan kemas kini perisian minggu depan untuk membetulkan isu gegaran kamera yang menjejaskan model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Ini menangani kebimbangan pelanggan dengan tinjauan baharu mendapati bahawa gegaran kamera yang teruk bukan disebabkan oleh kegagalan fungsi perkakasan pada telefon baharu mereka.

Isu gegaran pada kamera menjejaskan beberapa model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro terutamanya dalam aplikasi pihak ketiga seperti Snapchat dan TikTok. Menariknya, aplikasi kamera Apple sendiri berfungsi dengan baik. Isu mengenai kamera iphone ini menjadi tular di platform TikTok.

Isu ini berkaitan dengan perisian sistem penstabilan imej optik yang mengawal lensa kamera di mana ia akan mengeluarkan bunyi yang boleh didengar di dalam modul kamera dan output video jadi bergegar. Anda boleh lihat masalah kamera yang disebutkan dalam video ini:

Jika iPhone 14 Pro atau iPhone 14 Pro Max anda mengalami masalah kamera ini, maka nantikan kemas kini perisian yang akan datang pada minggu hadapan. Apple mungkin menggunakan kemas kini iOS 16.0.2.

Sementara itu, jika anda mengahdapi isu ini, anda tidak digalakkan untuk berulang kali melihat pepijat dengan sistem kamera sepanjang masa kerana ini berpotensi menyebabkan beberapa kerosakan fizikal kekal pada perkakasan.

Kongsi pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version