Site icon TechNave BM

Apple bakal lancarkan kemas kini untuk masalah kamera web pada Studio Display

Selepas pelancaran Apple Studio Display 27 inci, pengguna membuat aduan mengenai kualiti kamera web monitor yang kurang memberangsangkan. Kebanyakan kritikan datang daripada pengulas yang mendapatkan produk mereka lebih awal sedikit daripada orang ramai.

Apple telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa kamera monitor tersebut tidak seperti yang diharapkan. Tambahan pula, seperti yang dilaporkan oleh Input, Apple memberitahu kemas kini perisian sedang dilakukan untuk membetulkan isu tersebut tetapi kami masih tidak pasti akan tarikhnya.

Studio Display adalah monitor yang dibina untuk golongan profesional yang menyokong resolusi 5K berharga RM6,999 untuk versi kaca standard dan RM8,299 untuk versi kaca tekstur Nano. Ia juga dikuasakan oleh cipset A13 Bionic Apple yang terdapat di dalam iPhone lamanya untuk prestasi yang lebih baik termasuk untuk pengimejan untuk kamera web monitor yang menyokong ciri Centre Stage.

Kamera web 12MP sepatutnya menunjukkan prestasi yang baik dengan kualiti imej yang dipertingkatkan oleh cip A13. Walau bagaimanapun, kebanyakan ulasan mengatakan bahawa kualiti imej telah hilang, noise dan tidak kelihatan hebat dalam FaceTime atau Zoom. Malah ada yang mendakwa kualitinya lebih teruk daripada kamera swafoto pada iPhone 11 Pro yang mempunyai cipset A13 dan kiraan megapiksel yang sama.

Kemungkinan besar ia merupakan masalah perisian dan bukannya perkakasan kamera web. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors 

Exit mobile version