Site icon TechNave BM

Apple bakal lancarkan tiga lagi produk termasuklah iPhone SE Plus

Seperti yang dijangkakan, anda bakal menerima berita mengenai produk Apple secara berturut-turut dalam tempoh terdekat ini. Terkini, sumber mendedahkan bahawa Apple bakal mengeluarkan dua produk pada bulan hadapan iaitu MacBook Pro 13-inci dan AirPods baru. Turut dikhabarkan adalah kemunculan berita mengenai iPhone SE Plus.

Kemunculan AirPods baharu ini semenangnya telah dijangkakan kerana berita yang berkisar mengenainya sudah menjengah dunia teknologi sejak bulan lalu. Apa pun, sumber menjangkakan ia mungkin versi yang lebih berpatutan berbanding AirPods Pro. MacBook Pro 13-inci baharu pula dilaporkan bakal hadir dengan skrin berukuran 14.1 inci (kami tidak tahu jika namanya bakal ditukar kepada MacBook Pro 14 inci).

Untuk iPhone SE Plus, mungkin ini adalah berita pertama yang muncul mengenainya. Kemunculan berita ini mungkin menandakan bahawa ianya bakal hadir di pasaran teknologi. Namun, masih tiada khabar lain tentangnya memandangkan sumber hanya mengacah kehadiran berita iPhone SE Plus.

Jika iPhone SE Plus hadir di pasaran, apakah jangkaan anda terhadap spesifikasinya? Mungkinkah skrinnya lebih besar berbanding iPhone SE? Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version