Site icon TechNave BM

Apple bakal melancarkan AirPods X dengan harga ~RM871, Apple ‘headphone’ dengan harga ~RM1522

Sebuah akaun di laman Twitter, dipercayai ‘orang dalam’ Apple yang pernah mengongsikan beberapa maklumat sebelum ini kini tampil mengongsikan maklumat baru mengenai produk Apple. Menurut @jon_prosser melalui Apple Hub, AirPods X dan headphone Apple bakal dilancarkan pada tahun ini.

AirPods X dikatakan bakal hadir pada September atau Oktober tahun ini dengan anggaran harga $200 (lebih kurang ~RM871). Tambahnya lagi, Apple juga dilaporkan bakal melancarkan headphone barunya sekitar bulan Jun tahun ini dengan anggaran harga $350 (lebih kurang ~RM1522). Apa pun, kami masih tidak mempunyai maklumat mengenai spesifikasinya selain daripada jangkaan bahawa AirPods X mungkin seperti Beats X).

Adakah anda mungkin akan menyambarnya atau anda sedang menanti iPhone SE yang bakal hadir dalam masa terdekat ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Hub | @jon_prosser

Exit mobile version