Site icon TechNave BM

Apple bakal mengeluarkan memoji terbaru untuk pengguna iOS

Pernahkah anda merasa emoji yang tersedia tidak cukup untuk mengekspresikan perasaan anda? Terkini, kemas kini Apple iOS 13.4 membenarkan pengguna iOS menggunakan beberapa memoji baru!

Sumber telah menyenaraikan beberapa memoji yang mungkin bakal anda gemari termasuklah memoji mata ke atas (kami sangat suka memoji ini!). Selain itu, terdapat juga memoji anda dikelilingi simbol hati yang kelihatan seperti anda berasa disayangi dan pelbagai lagi.

Sumber: Apple melalui LADBIBLE

Apa pun, naik taraf memoji ini masih berada di peringkat beta dan tidak semua pengguna iOS boleh mengaksesnya. Pastinya kami akan memaklumkan kepada anda dengan kadar yang segera jika kesemua memoji ini boleh digunakan secara rasmi!

Adakah anda menyukai kemas kini memoji ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dan aplikasi terkini.

Sumber: LADBIBLE

Exit mobile version