Site icon TechNave BM

Apple bangunkan Apple Car berharga ~RM439,600, mungkin dilancarkan menjelang 2026

Menurut Bloomberg, Apple bermatlamat untuk membangunkan kenderaan berorientasikan pengguna menjelang 2026 berharga di bawah $100,000 (~RM439,600).

Pada mulanya, Apple bercadang untuk mereka bentuk kereta yang mungkin kelihatan serupa dengan Kenderaan Gaya Hidup Canoo seperti gaya limosin di mana penumpang boleh duduk berhadapan antara satu sama lain tanpa gangguan stereng atau pedal.

Namun, idea itu telah dikurangkan dan reka bentuk terkini kelihatan lebih tradisional dengan tempat duduk pemandu, stereng dan pedal. Ia tidak mempunyai mod pemanduan autonomi tetapi kereta itu akan dapat menggunakan mod pandu sendiri di lebuh raya.

Pesaing utama Apple, mungkin Tesla merupakan jenama yang menampilkan kenderaan elektrik dengan beberapa fungsi memandu sendiri bermula sekitar $47,000 (~RM206,612) dan boleh meningkat sehingga lebih $100,000. Jika Apple Car berharga sekitar $100,000, ia akan bersaing dengan Model S Tesla yang lebih tinggi.

Pelan asal Apple untuk meletakkan harga ‌keretanya adalah‌ lebih daripada $120,000 (~RM527,520), tetapi Apple kini merancang untuk harga yang lebih rendah. Ini mungkin disebabkan oleh fungsi pemanduan autonomi yang lebih terhad untuk dipaparkan dalam versi pertama kenderaan itu. 

Apple merancang untuk menetapkan reka bentuk menjelang 2023, senarai ciri sedia untuk digunakan menjelang 2024, diikuti dengan ujian kereta pada 2025 dan pelancaran menjelang 2026.

Apple masih mencari rakan kongsi untuk pembuatan keretanya dan setakat ini ia hanya mengadakan rundingan serius dengan Volkswagen walaupun rundingan itu sudah bertahun-tahun lalu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version