Site icon TechNave BM

Apple batalkan projek kereta elektrik selepas sedekad, kini fokus untuk AI

Bloomberg melaporkan bahawa Apple secara rasmi telah membatalkan usaha untuk membina kereta elektrik. Langkah itu diumumkan secara dalaman oleh COO Apple, Jeff Williams dan Kevin Lynch yang telah mengetuai projek Apple Car sejak 2021.

Projek ini telah mencapai titik untuk hasilkan atau berhenti dengan Tim Cook juga menghadapi tekanan daripada pemegang saham untuk membuat keputusan. Terdapat lebih 2,000 orang bekerja dalam pasukan Apple Car atau Project Titan.

Beberapa pekerja yang terlibat dengan pembuatan kereta elektrik akan berpindah ke pasukan AI yang diketuai oleh John Giannandrea. Tidak jelas dengan jelas berapa banyak pemberhentian akan berlaku. Apple telah mengusahakan sejenis kereta elektrik sejak 2014 dan menyasarkan tahun 2028 untuk pelancaran kereta elektriknya dengan harga sekitar $100,000.

Matlamat awal Apple adalah untuk menghasilkan kereta autonomi sepenuhnya tanpa stereng atau pedal. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Automotive News

Exit mobile version