Site icon TechNave BM

Apple batalkan rancangan tingkatkan pengeluaran siri iPhone 14

Nampaknya, siri iPhone 14 tidak begitu popular seperti yang diharapkan oleh Apple. Permintaan telefon itu didakwa lebih rendah daripada yang dijangkakan. Oleh itu, Apple dilaporkan akan meninggalkan rancangannya untuk menambah pengeluaran siri telefon pintar andalannya.

Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, Apple berharap pelancaran siri iPhone 14 boleh mencetuskan permintaan yang tinggi dan telah pun membuat pengaturan untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 6 juta unit pada penggal kedua 2022.

Namun, ia tidak dapat direalisasikan sehingga hari ini atas pelbagai sebab kenaikan kos sara hidup dan inflasi. Oleh itu, syarikat tersebut kini berpegang pada rancangan asalnya untuk mengeluarkan hanya 90 juta unit.

Dalam pada masa yang sama, kebanyakan orang lebih berminat pada siri iPhone 14 Pro berbanding yang standard mungkin kerana reka bentuknya yang baharu. Dynamic Island telah memberikan kesan yang tinggi sehingga syarikat Android turut melakukan perkara yang sama.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version