Site icon TechNave BM

Apple beli syarikat NextVR, petanda kemunculan kaca mata AR, Apple Glass

Jenama syarikat teknologi pastinya ingin mengejar pembangunan ciri teknologi pada produk selari dengan perkembangan teknologi terkini. Apple turut serta dalam usaha ini dengan membeli sebuah syarikat yang menyiarkan rancangan sukan atau muzik melalui realiti maya (VR), NextVR.

Pembelian syarikat ini membuahkan spekulasi yang agak menarik terutamanya usaha Apple ke arah landasan realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR). Terdahulu, Apple sebenarnya pernah dilaporkan merancang pembinaan kaca mata AR pada tahun 2018. Namun, ia tidak diteruskan tanpa sebab dan usul yang pasti. Kelihatannya, dengan pembelian NextVR, Apple mungkin masih tidak melupakan cita-cita untuk menampilkan produk berasaskan VR-AR seperti Apple Glass.

Namun, penganalisis Apple Ming Chi Kuo melaporkan bahawa Apple tidak akan memasarkan produk VR-AR tersebut dalam masa yang terdekat ini. Sebaliknya menjangkakan tahun 2022 sebagai jangkaan paling awal kemunculan produk tersebut. Sumber turut melaporkan Apple bakal melancarkan iPad 10.8-inci pada penggal kedua tahun 2020 dan iPad Mini 8.5-inci pada awal 2021.

Seperti yang kita sudah tahu, pelancaran siri iPhone 12 merupakan kedatangan gajet yang paling dinantikan. Apakah pendapat anda mengenai produk VR-AR Apple? Beirtahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version