Site icon TechNave BM

Apple beri amaran haptik papan kekunci pada iOS 16 mungkin jejaskan hayat bateri iPhone

Kemas kini iOS 16 telah mendapat banyak tarikan pengguna iPhone. Walau bagaimanapun, dalam dokumen sokongan yang diterbitkan baru-baru ini, Apple memberi amaran bahawa ciri haptik papan kekunci baharu memberi kesan kepada hayat bateri iPhone anda.

Papan kekunci iPhone anda boleh mengeluarkan bunyi atau bergetar semasa anda menaip setelah kemas kini kepada iOS 16. Tetapi anda perlu mengaktifkan ciri tersebut pada Tetapan (Settings), klik pada Bunyi & Haptik (Sounds & Haptics) dan pilih Maklum Balas Papan Kekunci (Keyboard Feedback).

Syarikat itu tidak menawarkan sebarang butiran tambahan tentang kesan hayat bateri yang mungkin ada pada haptik papan kekunci iPhone anda. Kami menjangkakan ia hanya memberi kesan yang sedikit pada hayat bateri anda.

Jika dilihat balik, ciri haptik papan kekunci ini tidak disepadukan dengan Mod Kuasa Rendah. Ini menunjukkan bahawa ciri tersebut tidak akan dilumpuhkan, walaupun jika anda mengaktifkan Mod Kuasa Rendah dan ingin menjimatkan bateri.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version