Site icon TechNave BM

Apple buang 39,000 aplikasi ‘game’ dari App Store China dalam masa sehari sahaja

Terkini, Apple dilapor telah membuang aplikasi berbentuk game berjumlah 39,000 dari Apple App Store di China. Langkah dari Apple ini disifatkan sebagai jumlah pembuangan aplikasi yang terbesar dalam masa satu hari sahaja.

Menurut sumber, jumlah yang besar ini adalah kerana penetapan tarikh akhir untuk penerbit game mendapatkan lesen sudah tamat. Usaha ini juga selari dengan kerajaan China yang melaksanakan tindakan keras terhadap game yang tidak berlesen.

Sebelum ini, Apple telah memberi tempoh sehingga hujung bulan Jun untuk penerbit game memohon lesen dan menangguhkan tarikh akhir sehingga 31 Disember 2020. Menurut sebuah firma penganalisis, antara game yang terkesan dalam langkah pembuangan ini adalah Assassin’s Creed Indentity dari Ubisoft dan NBA 2K20. Dalam 1.500 game teratas yang berbayar di Apple App Store China, hanya 74 game yang tidak dibuang.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai tindakan Apple yang membuang aplikasi dari App Store China.

Sumber: Reuters

Exit mobile version