Site icon TechNave BM

Apple buktikan ketahanan iPhone 13 Pro Max, boleh tahan panas dengan lama

Jika anda mempunyai keraguan tentang prestasi ketahanan yang terdapat pada Apple iPhone 13 Pro Max, anda disyorkan untuk menonton video yang telah dimuat naik oleh JerryRigEverything. Video tersebut menunjukkan iPhone 13 Pro Max berjaya mengharungi ujian calar, bakar dan kelenturan.

Ianya tidak memeranjatkan kerana jika anda mengikuti ujian ketahanan JerryRig, ketahanan calar bagi iPhone 13 adalah pada tahap 6 yang mana ia sama seperti model telefon yang lain. Lapisan glossy pada bingkai keluli tahan karatnya calar akibat digores pisau cukur dan ujian kelenturannya lulus dengan baik.

Menariknya, ketika ujian pembakaran dibuat, skrin paparan OLED iPhone 13 Pro Max tidak terbakar selepas lebih seminit dibakar. Video di bawah ini menjelaskan kesahihannya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version