Site icon TechNave BM

Apple Car bakal miliki “sunroof” dengan ketelusan boleh dikawal, fail paten disahkan

Apple kini dalam usaha sedang membangunkan Apple Car iaitu kenderaan elektrik dan projek ini diberi nama sebagai Project Titan. Baru-baru ini, sebuah lagi berita berkaitan Apple Car telah muncul dalam talian dan kali ini ia berkaitan dengan paten yang difailkan oleh Apple.

Pejabat Paten dan Tanda Dagangan AS telah memberikan paten baharu kepada Apple yang mengkhususkan kepada teknologi bumbung matahari (sunroof) untuk kereta elektrik yang akan datang daripada syarikat itu.

Walaupun ia tidak mengesahkan secara jelas bahawa teknologi itu adalah untuk kereta tetapi ia tidak memerlukan sebarang pengesahan kerana teknologi sunroof bukanlah sesuatu yang boleh digunakan pada iPhone, iPad atau Mac. Dokumen itu juga menunjukkan pelbagai lukisan yang kelihatan seperti bumbung kereta.

Beberapa rajah menunjukkan bagaimana bumbung matahari akan bergerak manakala sebahagian lagi mempamerkan mekanisme dalam bumbung matahari. Selanjutnya, abstrak dalam permohonan paten ditulis sebagai: “kenderaan termasuk bumbung, bukaan di bumbung dan tingkap yang terletak di hadapan dari bukaan.”

Ini mengesahkan bahawa ia adalah untuk kereta. Paten itu mendedahkan kacanya berubah-ubah daripada segi kegelapan yang bermaksud bahawa pengguna akan dapat mengawal ketelusan bumbung matahari. Laporan baru-baru ini telah mendakwa bahawa Apple Car yang akan datang akan diumumkan pada 2025.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version