Site icon TechNave BM

Apple dan Hyundai bakal meterai perjanjian pada Mac ini untuk Apple Car, versi beta hadir 2022

Baru-baru ini, kami telah memaklumkan mengenai Apple yang dilaporkan berunding dengan syarikat automotif Hyundai untuk penghasilan Apple Car. Sebuah laporan kini menyatakan bawah kedua-dua pihak Apple dan Hyundai bakal menandatangani perjanjian untuk Apple Car pada Mac ini.

Menurut sumber, kereta elektrik Apple Car mungkin dikilangkan melalui kilang Georgia oleg Kia Motors (syarikat gabungan Hyundai Motor Group). Mungkin juga, Apple bakal melabur ke atas fasiliti baru di AS yang boleh menghasilkan sehingga 400,000 kereta setiap tahun.

Lebih menarik, kerja penghasilan Apple Car diramal bermula pada tahun 2021. Sehingga garis masa itu, hanya Apple Car versi beta sahaja yang mungkin tiba pada tahun 2022.

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai Apple Car yang dilapor sudah diuji prototaipnya. Apa pun, spesifikasi kereta masih terlalu awal untuk muncul dan berita mengenainya bakal hadir di hari yang akan datang.

Beritahu pandangan anda mengenai Apple Car di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Gambar dari Lets Go Digital

Exit mobile version