Site icon TechNave BM

Apple dengan projek teknologi satelit rahsia yang terbaru

Apple sememangnya terkenal dengan pegangannya yang tersendiri, tidak terlalu mengejar perkembangan teknologi peranti pintar seperti jenama lain. Pegangannya ini agak unik kerana pasaran peranti pintar lain dilihat berlumba-lumba untuk melengkapkan peranti mereka dengan teknologi dan inovasi terbaru.

Terkini, menurut Bloomberg melalui Techcrunch, Apple dilaporkan sedang menjalankan projek teknologi satelit dengan melantik beberapa jurutera ruang aeroangkasa. Menurut laporan tersebut, projek ini mungkin sedang berada di peringkat awal dan mungkin juga tidak akan dilaksanakan. Kemungkinan Apple masih menguji projek tersebut untuk mengetahui kerelevanannya dengan pasaran teknologi.

Memetik daripada Bloomberg lagi, Apple tidak mungkin membina perkakas satelitnya sendiri. Kebarangkalian yang lebih logik adalah Apple membina peranti transmisi untuk membolehkan pengguna menghantar data ke peranti Apple lain atau menghubungkan peranti Apple tanpa menggunakan rangkaian telco seperti sekarang. Sebab logik yang lain menurut Bloomberg adalah Apple mungkin meneroka satelit untuk keberkesanan lokasi peranti yang lebih baik seperti kemas kini peta dan ciri baru lain.

Mungkin kita tidak perlu lagi membayar telco pada masa akan datang? Apa yang anda fikir? Kongsi pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techcrunch | Bloomberg

Exit mobile version