Site icon TechNave BM

Apple didenda ~RM7.85 juta kerana tidak sertakan pengecas dalam kotak iPhone 12

Sebuah agensi perlindungan pengguna di negeri São Paulo, Brazil telah mengenakan denda kepada Apple sebanyak R$10.5 juta (~RM7.85 juta) kerana tidak menyertakan pengecas dalam kotak iPhone 12. Agensi Procon-SP mengatakan Apple telah mencipta “pengiklanan yang tidak jelas dan menjual peranti tanpa pengecas dan syarat yang adil.”

Sebelum ini, Procon-SP mengatakan bahawa Apple langsung tidak mendatangkan faedah kepada penjagaan alam sekitar selepas membuang pengecas iPhone 12 daripada dalam kotak telefon. Apple juga tidak membalas soalan Procon-SP yang menanyakan jika harga iPhone 12 telah dikurangkan selepas pengecas dibuang.

Procon-SP turut menggariskan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Apple, termasuk tidak membaiki iPhone 11 Pro yang telah mengalami masalah disebabkan oleh air, masalah yang timbul dalam iPhone selepas memuat turun kemas kini iOS dan pengecualian Apple daripada sebarang tindakan undang-undang jika mereka menjual produk yang mempunyai cacat cela.

iPhone 12 memulakan trend membuang pengecas daripada dalam kotak dan telah diikuti oleh beberapa syarikat seperti Samsung dan Xiaomi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version