Site icon TechNave BM

Apple dijangka lancar iPhone SE Plus pada separa kedua 2021, skrin 6.1 inci dengan cipset A14 Bionic

Pada tahun lalu, Apple telah melancarkan telefon mampu milik mereka, iPhone SE 2020 dan ianya telah mendapat sambutan yang baik dari orang awam. Namun, iPhone SE 2020 ini bukanlah telefon yang lengkap kerana ia hadir dengan saiz skrin yang kecil serta bezel yang tebal.

Terbaru, sumber menyatakan Apple akan melancarkan iPhone SE Plus yang dapat menyelesaikan kekurangan iPhone SE 2020. iPhone SE Plus ini dikhabarkan akan dilengkapi skrin 6.1 inci dan dikuasai oleh cipset A14 Bionic.

Selain itu, iPhone SE Plus ini dikatakan akan hadir dengan kamera utama 12MP dengan kamera swafoto 7MP. Peranti ini juga bakal dilengkapi ciri efek cahaya portrait, Optical Image Stabilization (OIS), Smart HDR 3 dan TouchID.

iPhone SE 2020

iPhone SE Plus juga akan hadir dengan ciri kalis air dan habuk IP67, sama seperti iPhone SE 2020 sebelum ini.

Peranti ini dijangka akan dijual pada tanda harga $499 (~RM2,015) dan akan ditawarkan dengan tiga warna iaitu hitam, merah dan putih.

iPhone SE 2020 dikhabarkan akan memasuki pasaran pada separa kedua tahun 2021.

Adakah anda gembira dengan berita dari Apple ini? Berikan komen anda di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : MSPoweruser

Exit mobile version