Site icon TechNave BM

Apple dijangka lancarkan 2 iPad Pro baharu dengan cip M2 ‘dalam beberapa hari’

Apple dijangka mengumumkan dua tablet iPad Pro baharu dengan cip M2 “dalam masa beberapa hari” seperti yang dikatakan oleh Mark Gurman dari Bloomberg. Menurutnya, peranti 11 inci dan 12.9 inci itu akan membawa peningkatan ringan dan boleh mempunyai keupayaan pengecasan baharu.

iPad Pro baharu akan tiba sebelum 27 Oktober iaitu tarikh untuk Apple mengumumkan pendapatan suku tahunannya. Tiada sebarang acara untuk pelancaran iPad Pro baharu tetapi  ia akan diumumkan dengan siaran akhbar di laman web syarikat.

iPad Pro baharu dijangka membawa keupayaan pengecasan MagSafe dan Gurman mendakwa ia turut mempunyai pengecasan wayarles terbalik membolehkan tablet berkongsi bateri dengan sarung iPhone atau AirPods. Selain itu, kemas kini iPadOS 16.1 mungkin dilancarkan pada hari minggu yang sama.

Namun, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak Apple mengenai laporan ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version