Apple dijangka memperkenalkan iPhone boleh lipat pertamanya tahun depan sebagai model kelas tertinggi dan laporan baharu mencadangkan ia mungkin datang dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan awal.
Walaupun ramai meramalkan harga sekitar USD 2,000 (~RM 8,320), sumber menunjukkan harga sebenar mungkin mencecah USD 2,399 (~RM 9,980) berdasarkan margin keuntungan Apple dan analisis rantaian bekalan. Ini meletakkan iPhone boleh lipat Apple jauh lebih mahal berbanding pesaing utamanya seperti Samsung Galaxy Z Fold7 dan Pixel 10 Pro Fold yang sering ditawarkan dengan harga diskaun.
Kehadiran iPhone boleh lipat ini muncul pada masa teknologi lipat semakin matang dengan Samsung sendiri mengakui generasi terkini iaitu telefon lipatnya sudah mencapai tahap pengalaman pengguna yang jauh lebih baik daripada sebelum ini.
Dengan khabar angin mengenai rekaan tanpa garis lipatan, teknologi baharu dan kedudukan produk yang kemungkinan besar di bawah nama “iPhone Ultra,” persoalan terbesar kini bukan lagi bila ia akan tiba, tetapi berapa ramai yang sanggup membayar harga premium untuk memiliki foldable pertama keluaran Apple.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: investing

