Site icon TechNave BM

Apple dikhabarkan bakal namakan telefon baru mereka iPhone 12S, bukannya iPhone 13

Sehingga kini, terdapat banyak khabar angin mengenai telefon generasi baru Apple yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini. Terbaru, peranti ini pula dikhabarkan akan diberi nama iPhone 12S dan bukannya iPhone 13 seperti yang ramai orang jangkakan.

Apple sebelum ini telah melancarkan siri telefon dengan simbol ‘S’ beberapa tahun yang lalu seperti iPhone 4S, iPhone 5S dan iPhone 6S. Peranti dengan simbol ‘S’ ini dilabelkan sebagai siri iPhone dengan penambaikan yang tidak ketara berbanding siri telefon sebelumnya.

iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max

Untuk spesifikasi pula, iPhone 12S ini dikhabarkan akan menggunakan teknologi D-ToF (Direct ToF) untuk menggantikan komponen Face ID. Ini akan mengurangkan saiz modul sensor yang digunakan seterusnya mengurangkan saiz takuk pada skrinnya.

Selain itu, iPhone 12S juga dikatakan akan menggunakan skrin LTPO dari Samsung. Teknologi skrin ini akan menyokong kadar segar semula yang tinggi dan akan mengurangkan penggunaan kuasa.

Telefon siri iPhone 12S dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan September tahun ini.

Adakah anda berminat dengan telefon iPhone 12S ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version