Site icon TechNave BM

Apple dikhabarkan sedang berunding dengan Hyundai untuk penghasilan Apple Car

Baru-baru ini, sebuah sumber telah memberitahu bahawa Apple kini sedang dalam rundingan bersama syarikat kereta Hyundai Motor Group untuk menghasilkan kereta buatan Apple, Apple Car.

Apple dikatakan akan bekerjasama dengan Hyundai untuk penghasilan kereta elektrik dan bateri kereta. Apple dikhabarkan terpaksa bergabung tenaga bersama syarikat kereta akibat dari kos tinggi yang diperlukan untuk teknologi dan fasiliti pembuatan kereta.

Disebabkan sumber menggunakan perkataan ‘rundingan’, rancangan Apple boleh bertukar jika rundingan ini tidak berhasil.

Projek Apple Car dikatakan masih lagi pada peringkat permulaan. Ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya lima ke tujuh tahun sebelum Apple Car masuki pasaran automotif.

Adakah anda berminat dengan kereta buatan Apple ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Exit mobile version