Site icon TechNave BM

Apple dilapor ada penyelesaian untuk masalah kabel Lightning cepat rosak atau reput

Rasanya setiap pengguna iPhone pasti sudah mengetahui tentang masalah kabel pengecas Lightning yang sensitif dan mudah rosak strukturnya. Terkini, Apple dilapor mempatenkan solusi yang mungkin boleh menyelesaikan masalah ini.

Paten ini ditemui dengan nama “Cable with Variable Stiffness” yang sepertinya memperlihatkan beberapa idea untuk mengukuhkan struktur kabel. Salah satu idea adalah untuk menggantikan perkakas di sekitar hujung kabel (bahagian yang selalunya rosak atau reput) dengan perkakas yang lebih tebal.

Jika anda sedar, sekitar hujung kabel biasanya lebih terdedah untuk dibengkokkan secara tidak sengaja ketika mengecas menjadikan litupan kabel di sekitar kawasan tersebut mudah rosak. Secara keseluruhannya, idea untuk menyelesaikan masalah ketahanan kabel ini adalah dengan melitupinya dengan rekaan yang lebih tebal dan tahan lasak.

Terdahulu, Apple dilapor bakal menghasilkan kabel bersulam. Namun, bayangnya masih tidak kelihatan sehingga kini. Apa pun, idea penyelesaian ini hanya sekadar paten, boleh jadi ianya akan diaplikasikan untuk produk seterusnya atau hanya kekal sebagai paten sahaja.

Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Sumber: Apple Insider

Exit mobile version