Site icon TechNave BM

Apple dilapor mengurangkan penghasilan iPhone 12 mini bagi memberi ruang kepada iPhone 12 Pro

Sebelum ini, iPhone 12 mini telah dikenal pasti sebagai varian iPhone 12 yang paling sikit dijual, dengan hanya 6% daripada keseluruhan jualan iPhone 12. Kini laporan terbaru mengatakan Apple akan mengurangkan pengilangan iPhone 12 mini bagi memberi ruang kepada pengilangan iPhone 12 Pro yang mendapat permintaan lebih tinggi.

Menurut firma pelaburan Morgan Stanley, pengilangan iPhone 12 mini telah dikurangkan sebanyak 2 juta unit untuk menghasilkan lebih banyak iPhone 12 Pro dengan jumlah yang sama. Selain itu, pengilangan iPhone 12 juga telah dinaikkan.

Walaupun begitu, Morgan Stanley melaporkan bahawa varian iPhone 12 standard mendapat sambutan yang lebih tinggi di China di mana ia berjaya dijual sebanyak 20.3% daripada seluruh pasaran telefon pintar China, menjadikannya rekod tertinggi untuk iPhone sejak empat tahun lepas.

Adakah anda pemilik iPhone 12 mini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumours

Exit mobile version