Site icon TechNave BM

Apple dilapor sedang uji prototaip kereta pandu sendiri Apple Car, mungkin hadir 2021

Industri automotif kini hadir dengan pelbagai model yang mengadaptadi teknologi terkini, contohnya kecerdasan buatan (AI). Anda mungkin sudah mengenali jenama Tesla yang hadir dengan pelbagai teknologi kenderaan pintar. Sumber kini mendedahkan Apple juga bakal mengeluarkan keretanya sendiri, Apple Car pada tahun 2021.

Perkara ini bukanlah berita yang mengejutkan kerana sudah terdapat spekulasi dan jangkaan mengenai Apple Car. Namun, terdapat eksekutif dari pengilang di Taiwan yang mendakwa bahawa Apple akan melancarkan Apple Car pada suku ketiga tahun 2021.

Apple juga dilapor menguji sebilangan kenderaan prototaip di California. Turut dilapor, Apple telah mendapat permit dari California DMW untuk menguji kenderaan berteknologi pandu sendiri pada tahun 2017 dan dilihat menggunakan perkakas Lexus SUV bersama LiDAR pada tahun lepas.

Selari dengan laporan, TSMC yang merupakan rakan kongsi pembuat cip untuk Apple turut didedahkan sedang membina cip pandu sendiri.

Apakah pandangan anda sekiranya Apple Car hadir di pasaran dunia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai Apple di pautan ini!

Sumber: Macrumors

Gambar dari Macrumors

Exit mobile version