Site icon TechNave BM

Apple dilaporkan akan batalkan ‘game’ Arcade yang tidak boleh kekalkan jumlah pemain

Menurut laporan media, Apple telah membatalkan kontrak terhadap pembinaan game yang syarikat itu mendapati tidak mempunyai potensi untuk mengekalkan interaksi pemain. Syarikat elektronik Amerika Syarikat itu lebih gemar untuk membina game yang boleh mengekalkan jumlah pemain agar mereka terus melanggan kepada Apple Arcade selepas tempoh percubaan mereka tamat.

Dalam sebuah panggilan bersama para pembina game, Apple mengatakan game popular seperti Grindstone adalah contoh game yang syarikat itu inginkan. Jika game yang ditawarkan dalam Arcade tidak boleh mengekalkan minat pemain, perkhidmatan tersebut boleh kehilangan bilangan pelanggan dalam masa yang singkat.

Apple Arcade adalah sebuah perkhidmatan langganan yang membolehkan pengguna Apple untuk mengakses game bermutu tinggi tanpa sebarang iklan atau pembelian dalam game (in-app purchases). Berikutan keputusan ini, beberapa syarikat pembina game mungkin akan mengalami masalah kewangan kerana Apple tidak lagi membiayai operasi mereka.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version