Site icon TechNave BM

Apple dilaporkan akan lancar varian baru AirPods Pro

Sebuah penerbitan daripada Taiwan, DigiTimes, melaporkan bahawa Apple akan melancarkan varian baru buat earphone wayarles terbaru daripada syarikat itu, AirPods Pro. DigiTimes mendapat khabar tentang berita tersebut daripada sebuah syarikat elektronik Taiwan, Universal Global Scientific Industrial Co. Ltd (USI).

DigiTimes menulis, “Besar kemungkinan USI akan menjadi sebahagian daripada rantai bekalan Airpods Pro, menurut sumber. USI yang merupakan sebahagian daripada ASE Technology akan mendapat pesanan system-in package (SiP) untuk AirPods Pro yang seterusnya, menurut sumber dalam industri.”

Sebelum ini, DigiTimes melaporkan bahawa varian baru itu adalah AirPods Pro Lite. Masih tidak dipastikan jika itu adalah nama rasminya dan spekulasi mengatakan bahawa varian AirPods Pro kelas permulaan itu akan mempunyai estetik dan mutu bunyi yang serupa dengan AirPods Pro tetapi tidak akan dilengkapi pembatalan bunyi bising aktif (active noise cancellation).

Adakah anda berminat untuk mendapatkan earphone wayarles Apple ini jika ia akan dihasilkan? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version