Site icon TechNave BM

Apple dilaporkan akan melancarkan papan kekunci iPad dengan trackpad pada akhir tahun ini

Apple merancang untuk melancarkan papan kekunci iPad baru dengan papan jejak (trackpad) pada tahun ini. Menurut sumber, aksesori baru itu mungkin akan dikeluarkan bersama versi iPad Pro yang seterusnya.

Dengan penambahan papan jejak pada papan kekunci iPad akan menjadi satu lagi langkah dari Apple untuk membawa fungsi yang biasanya dikaitkan dengan komputer riba ke barisan tablet yang popular.

iPadOS sudah mempunyai sokongan tetikus, tetapi ia adalah lanjutan teknologi iPad’s AssistiveTouch dan anda perlu mencarinya ke menu akses. Dan penuding tetikus pada skrin bukanlah berbentuk anak panah hitam biasa yang mungkin digunakan pada komputer anda – ia berupa bulatan besar dan semi-buram yang mempunyai titik di tengah.

Jadi sekarang, Apple nampaknya membenarkan anda menggunakan tetikus pada iPad. Tetapi jika syarikat itu melancarkan papan kekunci iPad dengan pad jejak, nampaknya sokongan tetikus, mungkin menjadi ciri yang lebih jelas dalam iPadOS dalam kemas kini perisian yang akan datang.

Apa pendapat anda tentang berita ini? Tinggalkan komen anda di Facebook kami TechNave.com dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : The Verge

Exit mobile version