Site icon TechNave BM

Apple dilaporkan berkerjasama dengan LG hasilkan paparan boleh lipat

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bahawa Apple akan mengusahakan MacBook dengan paparan boleh lipat. Kini, maklumat baharu mendedahkan bahawa terdapat kemajuan dalam pembangunan ciri untuk tersebut. Apple dilaporkan telah bekerjasama dengan LG untuk menghasilkan paparan boleh lipat.

LG akan membekalkan panel OLED 4K boleh lipat 17 inci kepada HP tahun ini untuk komputer riba boleh lipat dengan paparan 11 inci apabila ditutup. Selain HP, pengeluar panel paparan juga bekerjasama dengan Apple untuk panel yang menggunakan kaca ultra-nipis dan bukannya polimida seperti kebanyakan paparan boleh lipat sedia ada dalam pasaran.

Bukan itu sahaja, penganalisis paparan terkenal Ross Young juga mendakwa bahawa Apple sedang meneroka komputer riba boleh lipat dengan skrin paparan bersaiz 20 inci. Young berkata bahawa peranti ini akan membentuk kategori produk baharu untuk Apple dan menghasilkan produk dwi-guna yang berpotensi digunakan sebagai notebook dengan papan kekunci pada skrin bersaiz penuh apabila dilipat dan sebagai monitor apabila dibuka.

Mereka juga dikatakan menampilkan resolusi 4K atau lebih tinggi. Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version