Site icon TechNave BM

Apple dilaporkan sedang bangunkan MacBook Pro dengan skrin sentuh

Apple dilaporkan sedang mengusahakan MacBook skrin sentuh yang mungkin hadir pada 2025, menurut Bloomberg.

MacBook Pro skrin sentuh dikatakan akan masih menjalankan macOS dan termasuk pad jejak dan papan kekunci standard. Sama seperti komputer riba 2-dalam-1, ia akan menggabungkan klik paparan dan gerak isyarat. 

Ciri ini akan dimasukkan pada model Mac lain dari semasa ke semasa, tetapi ia tidak merancang untuk menggabungkan macOS dan iPadOS pada masa ini. Selain itu, Apple akan mengalihkan paparan Mac daripada LCD kepada OLED sebagai sebahagian daripada baik pulih MacBook Pro yang lebih luas. 

Apple melancarkan Touch Bar pada 2016 sebagai langkah ke arah keupayaan skrin sentuh.Tetapi, ia tidak mendapat sambutan yang hangat oleh pembangun atau pelanggan Apple. Oleh itu, ia telah dialih keluar daripada mulai MacBook Pro 2021 Apple.

Walaupun begitu, Steve Jobs pernah mengatakan bahawa skrin sentuh bukan milik Mac. Walaupun visi Jobs banyak diterapkan dalam DNA syarikat, dunia pengkomputeran semakin meningkat dan berubah sejak 2011.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Engadget

Exit mobile version